Monday 8 December 2014

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE (QE/5S) PERINGKAT KEBANGSAAN 2014, 24 - 26 NOVEMBER 2014, KLCC

TAHNIAH SEKALI LAGI PUSAT KESIHATAN...!!!
JOHAN SEKTOR BADAN BERKANUN KATEGORI PERSEKUTUAN DI
KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE KEBANGSAAN 2014
MPC

ELITE PUSAT KESIHATAN UiTM: DI UMUM SEBAGAI JOHAN SEKTOR BADAN BERKANUN KATEGORI PERSEKUTUAN
Konvensyen Team Excellence (QE/5S) Peringkat Kebangsaan 2014, 24 - 26 November 2014, KLCC


ELITE: Dari Kiri--> MA En. Pauzi, Pn. Haszlina, Matron Siti Katijah, Dr Zaiton: Pengarah PK, Dr Dzulkifli, Sister Fadhliana, En. Helmi dan Dr Sahirul'azam


KUMPULAN ELITE, PUSAT KESIHATAN UiTM SHAH ALAM, SELANGOR.. sekali lagi mengulangi kejayaan yang pernah di menangi pada tahun 2012 dan pada tahun ini 2014 iaitu JOHAN Sektor Badan Berkanun Kategori Persekutuan.

Kejayaan ini telah dimenangi bersempena Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2014 pada 24 Hingga 26 November 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Kuala Lumpur.

Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam, Selangor telah membawa pulang Sijil Penyertaan, Sijil Kemenangan, Piala beserta Wang berjumlah Ringgit Malaysia Empat Ribu sahaja.

Dr. Zaiton Nasir, Pengarah Pusat Kesihatan juga Pengerusi QE/5S Pusat Kesihatan menyatakan perasaan amat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan yang begitu tinggi dan padu oleh seluruh warga Pusat Kesihatan dengan amalan dan pelaksanaan 5S di Pusat Kesihatan sehingga membawa kepada kejayaan ini.  Tidak dilupakan, sokongan padu oleh Pengurusan Tertinggi UiTM dan warga universiti dalam pelaksanaan 5S di Pusat Kesihatan yang tidak pernah luntur dan sentiasa mendapat lawatan penandarasan dalam merialisasikan amalan 5S di semua jabatan masing-masing.

TAHNIAH sekali lagi warga PUSAT KESIHATAN dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)..

Thursday 13 November 2014

TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN PUSAT KESIHATAN KE ARAH PENSIJILAN SEMULA QE/5S PUSAT KESIHATAN 2014

TAHNIAH ... WARGA PUSAT KESIHATAN DAN TERUSKAN PERJUANGAN
UNTUK LAWATAN AUDIT PERSEKITARAN BERKUALITI 5S OLEH PIHAK MPC
PADA 10 DISEMBER 2014 
Gambar Kenangan Bersama Auditor Jemputan : Encik Amizar Bin Mohd Amin,
Pengurus Asrama Kanan Merangkap Ketua Auditor QE/5S Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
Tahniah.. kepada semua warga Pusat Kesihatan yang telah melepasi audit luar QE/5S 2014 dengan markah yang amat memuaskan yang telah dibentangkan oleh Encik Amizar Bin Mohd Amin pada 13 November 2014, jam 3.45 petang.
Teguran dan nasihat yang diperolehi amat membantu warga Pusat Kesihatan menjadi lebih baik serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada warga universiti.  Amalan 5S yang diterapkan bagi memastikan kawasan persekitaran BERSIH, SELAMAT dan KONDUSIF kepada pelanggan dapat meningkatkan PRODUKTIVI organisasi.
Terima kasih di ucapkan sekali lagi kepada Encik Amizar Bin Mohd Amin.