Thursday 13 November 2014

TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN PUSAT KESIHATAN KE ARAH PENSIJILAN SEMULA QE/5S PUSAT KESIHATAN 2014

TAHNIAH ... WARGA PUSAT KESIHATAN DAN TERUSKAN PERJUANGAN
UNTUK LAWATAN AUDIT PERSEKITARAN BERKUALITI 5S OLEH PIHAK MPC
PADA 10 DISEMBER 2014 
Gambar Kenangan Bersama Auditor Jemputan : Encik Amizar Bin Mohd Amin,
Pengurus Asrama Kanan Merangkap Ketua Auditor QE/5S Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
Tahniah.. kepada semua warga Pusat Kesihatan yang telah melepasi audit luar QE/5S 2014 dengan markah yang amat memuaskan yang telah dibentangkan oleh Encik Amizar Bin Mohd Amin pada 13 November 2014, jam 3.45 petang.
Teguran dan nasihat yang diperolehi amat membantu warga Pusat Kesihatan menjadi lebih baik serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada warga universiti.  Amalan 5S yang diterapkan bagi memastikan kawasan persekitaran BERSIH, SELAMAT dan KONDUSIF kepada pelanggan dapat meningkatkan PRODUKTIVI organisasi.
Terima kasih di ucapkan sekali lagi kepada Encik Amizar Bin Mohd Amin.


Wednesday 12 November 2014

LAWATAN AUDIT LUARAN QE/5S PUSAT KESIHATAN, UiTM SHAH ALAM, SELANGOR

LAWATAN AUDIT LUARAN QE/5S PUSAT KESIHATAN 2014
13 November 2014 (Khamis)
Pusat Kesihatan, UiTM Shah Alam, Selangor

Gambar: Auditor sedang melaksanakan lawatan audit persekitaran di Stor Peralatan Pusat Kesihatan
Pada hari ini,13 November 2014 Lawatan Audit Luaran QE/5S Pusat Kesihatan, UiTM Shah Alam, Selangor 2014 telah diadakan.  Semua Jawatankuasa Induk, Fasilitator, Ketua Kumpulan dan Setiausaha Pusat Kesihatan terlibat secara langsung pada taklimat ringkas majlis pembukaan program pagi tadi.  Program diteruskan dengan audit dokumen QE/5S dan lawatan audit ke kawasan Nilam, Zamrud dan Delima.
Lawatan Audit Luaran QE/5S ditangguhkan pada jam 1.00 petang dan diteruskan semula pada jam 2.15 dengan lawatan audit kawasan Kecubung dan Berlian.
Lawatan Audit Luaran QE/5S Pusat Kesihatan pada kali ini telah dilaksanakan oleh auditor jemputan iaitu Encik Amizar Bin Mohd Amin, Pengurus Asrama Kanan juga merangkap Ketua Auditor QE/5S Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Shah Alam, Selangor.


Sunday 9 November 2014

Kemenangan Pertama Konvensyen QE/5S Peringkat Kebangsaan


Kenangan sebagai Johan 5S

Tahniah kepada pasukan Pusat Kesihatan UiTM, Shah Alam, Selangor di atas kemenangan sebagai JOHAN SEKTOR AWAM (BADAN BERKANUN) KATEGORI PERSEKUTUAN 
di Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Kebangsaan 2012
di KLCC, Kuala Lumpur.