Wednesday 12 November 2014

LAWATAN AUDIT LUARAN QE/5S PUSAT KESIHATAN, UiTM SHAH ALAM, SELANGOR

LAWATAN AUDIT LUARAN QE/5S PUSAT KESIHATAN 2014
13 November 2014 (Khamis)
Pusat Kesihatan, UiTM Shah Alam, Selangor

Gambar: Auditor sedang melaksanakan lawatan audit persekitaran di Stor Peralatan Pusat Kesihatan
Pada hari ini,13 November 2014 Lawatan Audit Luaran QE/5S Pusat Kesihatan, UiTM Shah Alam, Selangor 2014 telah diadakan.  Semua Jawatankuasa Induk, Fasilitator, Ketua Kumpulan dan Setiausaha Pusat Kesihatan terlibat secara langsung pada taklimat ringkas majlis pembukaan program pagi tadi.  Program diteruskan dengan audit dokumen QE/5S dan lawatan audit ke kawasan Nilam, Zamrud dan Delima.
Lawatan Audit Luaran QE/5S ditangguhkan pada jam 1.00 petang dan diteruskan semula pada jam 2.15 dengan lawatan audit kawasan Kecubung dan Berlian.
Lawatan Audit Luaran QE/5S Pusat Kesihatan pada kali ini telah dilaksanakan oleh auditor jemputan iaitu Encik Amizar Bin Mohd Amin, Pengurus Asrama Kanan juga merangkap Ketua Auditor QE/5S Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Shah Alam, Selangor.


No comments:

Post a Comment